PENGENALAN



Khairat Darul Ehsan (KDE) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang prihatin, bertujuan meringankan beban waris dengan pemberian sumbangan khairat kematian sebanyak RM1,000 kepada rakyat Selangor berusia 50 tahun ke atas dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang merupakan pengundi dan menetap di Selangor.



EXCO Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Ekonomi Penjagaan (Care Economy).





Maklumat Khairat Darul Ehsan

Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menzahirkan rasa keprihatinan terhadap rakyat melalui pelbagai inisiatif kebajikan, termasuk bantuan khairat kematian.

Sebelum ini, bantuan khairat kematian disalurkan menerusi beberapa program berasingan seperti Skim Mesra, Iltizam Selangor Sihat (ISS) dan INSAN.

Kini, sebagai langkah memperkukuh penyampaian manfaat kepada rakyat, Kerajaan Negeri memperkenalkan inisiatif Khairat Darul Ehsan (KDE) yang menawarkan manfaat khairat kematian di bawah satu inisiatif yang sama.

Khairat Darul Ehsan menawarkan manfaat khairat kematian berjumlah RM1,000 bagi rakyat negeri Selangor berusia 50 tahun dan ke atas serta Orang Kurang Upaya (OKU).

Terdapat dua jenis pendaftaran yang akan dilaksanakan bagi inisiatif ini.

Pertama, jika anda merupakan penerima sedia ada di bawah Skim Mesra, Iltizam Selangor Sihat (ISS) dan Insurans Am Selangor (INSAN):

- Anda perlu membuat pengesahan maklumat dan persetujuan untuk menjadi ahli Khairat Darul Ehsan di laman sesawang kde.yawas.com.my bermula 5 Mei 2025.

- ⁠Setelah itu, anda akan didaftarkan sebagai ahli Khairat Darul Ehsan secara automatik.


Kedua, jika anda belum pernah mendaftar dengan mana-mana program di atas:

- Anda perlu membuat pendaftaran baru di laman sesawang kde.yawas.com.my bermula 1 Jun 2025.

- ⁠Permohonan anda akan disaring oleh YAWAS dan keputusan boleh disemak di laman sesawang yang sama.

PENTING!

Bagi menerima manfaat khairat kematian berjumlah RM1,000, amat penting untuk anda bertindak segera untuk mendaftar sebagai ahli Khairat Darul Ehsan.

Anda juga boleh mendapatkan bantuan daripada waris, Pusat Khidmat DUN berdekatan atau talian hotline YAWAS jika terdapat masalah ketika proses pendaftaran.

Hubungi

Yayasan Warisan Anak Selangor, Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor 4, Jalan Platinum 7/52, Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

+603-5481 8800

pertanyaan.yawas@gmail.com

Ikuti Kami

Untuk Aduan & Pertanyaan, sila klik pautan ini >

© Yayasan Warisan Anak Selangor . All Rights Reserved.