SOALAN LAZIM (FAQ)

KDE adalah singkatan kepada Khairat Darul Ehsan adalah satu lagi inisiatif yang bertujuan untuk memberikan sumbangan khairat kematian kepada pewaris golongan yang berusia 50 tahun dan ke atas dan juga kepada golongan OKU tanpa mengira had umur.

Khairat Kematian berjumlah RM1000.00. Selepas ahli yang berdaftar meninggal dunia, pewaris yang layak akan menerima sumbangan khairat kematian berjumlah RM1000.

Tidak. Program KDE dan Program SMUE adalah adalah program yang berbeza.

Program KDE Setiap ahli yang berdaftar, pewaris akan menerima sumbangan Khairat Kematian berjumlah RM1000
SMUE Setiap ahli yang berdaftar layak menerima baucar bernilai RM150 setiap tahun.

Kepada sesiapa yang berusia 50 tahun dan keatas dan juga kepada golongan OKU tanpa had mengira had umur

Terdapat 2 kategori pemohon yang layak mohon program KDE ini:

Kategori am:
- Pemohon wajib warganegara;
- Pemohon wajib pengundi dan menetap Selangor;
- Pemohon wajib berumur 50 tahun ke atas.

OKU:
- Pemohon wajib Warganegara Malaysia tanpa had umur;
- Pemohon wajib pemegang kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
- Sedang menetap di Negeri Selangor;
- Bagi pemohon berusia 18 tahun ke atas, mestilah pengundi berdaftar di Selangor.
- Bagi pemohon di bawah 18 tahun, ibu/bapa/penjaga mestilah pengundi berdaftar di Selangor

Pendaftaran baru akan bermula 01 Jun 2025

Melalui aplikasi YAWAS dan melalui laman sesawang KDE https://kde.yawas.com.my/

Melalui aplikasi YAWAS dan melalui laman sesawang KDE https://kde.yawas.com.my/

Tidak. Pemohon harus menetap dan pengundi Negeri Selangor

Boleh.

Tidak. Program KDE dan Program Skim mesra adalah program yang berlainan.

Tiada paksaan untuk memasuki program KDE. Walaubagaimanapun ahli Skim Mesra akan di beri pilihan samada ingin memasuki KDE ataupun tidak. Ahli Skim Mesra haruslah memberi jawapan / kebenaran untuk membolehkan pihak YAWAS memindahkan data ahli ke Program KDE. Sekiranya pihak YAWAS tidak menerima jawapan / kebenaran, pihak YAWAS beranggapan bahawa ahli Skim Mesra bersetuju untuk memasuki Program KDE.

Sekiranya ahli Skim Mesra tidak mahu mendaftar sebagai ahli Skim KDE, tuntutan khairat kematian untuk Skim Mesra hanya jika berlaku kematian sebelum 1 Jun 2025.

Manfaat khairat kematian untuk Skim Mesra digantikan dengan KDE bemula 1 Jun 2025

Tiada kuota pendaftaran untuk Program KDE hanya ada kuota pembayaran khairat kematian iaitu seramai 18,000 orang setahun.

Perlu melengkapkan borang tuntutan khairat KDE di laman sesawang ataupun melalui aplikasi YAWAS

Dokumen yang diperlukan
1. Salinan sijil kematian.
2. Salinan kad pengenalan penama
3. Penyata/maklumat akaun bank penama

Hanya pewaris yang didaftarkan yang boleh menuntut Khairat kematian KDE

Tempoh tuntutan
Dalam tempoh 3 bulan dari hari kematian. Pewaris perlu membuat tuntutan beserta dengan dokumen yang lengkap

Permohonan tidak lengkap
Sekiranya permohonan tidak lengkap, pemohon haruslah melengkapkan dalam masa 7 hari berkerja. Sekiranya gagal, permohonan akan digagalkan. (Permakluman untuk melengkapkan dokumen akan dihantar melalui email dan aplikasi)

Dalam masa 14 hari waktu berkerja setelah menerima dokumen yang lengkap.

Melalui aplikasi YAWAS dan melalui laman sesawang KDE https://kde.yawas.com.my/

Melalui aplikasi YAWAS dan melalui laman sesawang KDE https://kde.yawas.com.my/

Tidak boleh. Hanya pewaris yang didaftar Sahaja yang boleh menuntut khairat kematian KDE

Tidak boleh. Hanya pewaris yang didaftar Sahaja yang boleh menuntut khairat kematian KDE

Tidak. Permohonan perlu dibuat semasa ahli masih lagi hidup

Pembayaran akan dimasukkan kedalam akaun pewaris

Hanya ahli keluarga terdekat yang boleh menjadi pewaris kepada ahli KDE

Senarai pewaris yang dibenarkan
• Ibu/Bapa
• Datuk/Nenek
• Datuk/Nenek
• Suami/Isteri
• Anak/Abang/Kakak/Adik

Boleh. Ahli perlu membuat surat permohonan tarik diri keahlian KDE

Sekiranya ahli tiada waris boleh melantik pertubuhan / persatuan yang menjadi pilihan ahli. Dengan syarat haruslah disertakan dengan surat dari Suruhanjaya Sumpah berserta Sijil Pendaftaran Pertubuhan

Boleh. Jika pemohon memilih kawan atau saudara untuk jadi waris dengan syarat haruslah disertakan dengan surat dari Suruhanjaya Sumpah

Tidak walaupun tarikh tuntutan adalah selepas 1 Jun 2025 YAWAS akan lihat tarikh kematian. Jika tarikh kematian sebelum 1 Jun 2025 waris perlu mohon dengan program yang dia daftar sebelum ini contoh program Skim Mesra.

Hubungi

Yayasan Warisan Anak Selangor, Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor 4, Jalan Platinum 7/52, Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

+603-5481 8800

pertanyaan.yawas@gmail.com

Ikuti Kami

Untuk Aduan & Pertanyaan, sila klik pautan ini >

© Yayasan Warisan Anak Selangor . All Rights Reserved.