khairat darul ehsan

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Khairat Darul Ehsan

Semakan / permohonan

Pengenalan



Khairat Darul Ehsan (KDE) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang prihatin, bertujuan meringankan beban waris dengan pemberian sumbangan khairat kematian sebanyak RM1,000 kepada rakyat Selangor berusia 50 tahun ke atas dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang merupakan pengundi dan menetap di Selangor.

SYARAT PERMOHONAN

  • Permohonan hendaklah dibuat sepenuhnya secara atas talian menerusi aplikasi YAWAS atau di kde.yawas.com.my.
  • Permohonan hendaklah dibuat semasa pemohon masih hidup.
  • Tiada permohonan selepas kematian.
  • Tempoh kelulusan dalam 14 hari dari tarikh hantar dokumen yang lengkap.
  • YAWAS akan buat Pra-pendaftaran Program KDE bermula 5 Mei 2025.
  • Pendaftaran baru bermula dari 1 Jun 2025


  • Kategori 50 Tahun ke Atas INSAN ISTIMEWA (OKU)
    Berusia 50 tahun ke atas (mengikut tarikh kelahiran) dan masih hidup ; Pemegang kad OKU JKM dan tiada had umur;
    Warganegara Malaysia; Warganegara Malaysia;
    Mengundi dan Bermastautin Selangor Pemohon berusia 18 tahun ke atas perlu mengundi dan menetap di Negeri Selangor
    Salinan Semakan Daftar Pemilih SPR waris sekiranya pemohon berusia 18 tahun ke bawah sewaktu permohonan
    Pemohon bawah 18 tahun ibu/bapa/penjaga perlu mengundi dan menetap di Negeri Selangor




    Cara Permohonan

    Permohonan pra-daftar akan bermula pada 5 Mei 2025 (untuk Ahli Skim Mesra, ISS dan INSAN sahaja) manakala bagi orang awam pendaftaran akan bermula 1 Jun 2025.

    Pendaftaran hanya boleh dibuat melalui atas talian sahaja :

    Laman rasmi Khairat Darul Ehsan kde.yawas.com.my atau dengan menggunakan aplikasi YAWAS (dijangka bermula Julai 2025)


    Tutorial Proses Pra Pendaftaran


    Dokumen Sokongan yang diperlukan

    Kategori 50 Tahun ke Atas INSAN ISTIMEWA (OKU)
    Salinan Kad Pengenalan Pemohon Salinan Kad Pengenalan Pemohon
    Salinan Kad Pengenalan Pewaris Salinan Kad Pengenalan Pewaris
    Salinan Semakan Daftar Pemilih SPR Salinan Semakan Daftar Pemilih SPR pemohon sekiranya berusia 18 tahun ke atas sewaktu permohonan
    Surat Akuan Sumpah jika pewaris bukan dikalangan keluarga terdekat (rujuk Senarai Keluarga Terdekat) Salinan Semakan Daftar Pemilih SPR waris sekiranya pemohon berusia 18 tahun ke bawah sewaktu permohonan
    Salinan Kad OKU
    Surat Akuan Sumpah jika pewaris bukan dikalangan keluarga terdekat (rujuk Senarai Keluarga Terdekat)

    **SENARAI HUBUNGAN KELUARGA TERDEKAT:
    1) IBU / BAPA, DATUK / NENEK, ANAK, ABANG, KAKAK, ADIK, SUAMI / ISTERI ;



    Dokumen Sokongan Tuntutan Khairat

    Salinan Kad Pengenalan Pewaris ;

    Salinan Muka Depan Akaun Bank Waris;

    Salinan Sijil Kematian Ahli.



    Cara Tuntutan Khairat

    Waris hendaklah membuat tuntutan secara atas talian menerusi aplikasi YAWAS dan laman sesawang kde.yawas.com.my.

    Waris merupakan nama berdaftar di dalam sistem Khairat Darul Ehsan.

    Tempoh masa tuntutan khairat kematian adalah 3 bulan dari Tarikh kematian.

    Tuntutan melewati tarikh yang ditetapkan dikira TIDAK LAYAK.

    Tempoh pemprosesan pendaftaran adalah dalam masa (14) hari hingga (30) hari berkerja dari tarikh dokumen lengkap dihantar ,tempoh ini akan meningkat sekiranya terdapat peningkatan jumlah tuntutan secara mendadak .

    Pembayaran akan dibuat terus ke akaun waris yang berdaftar.


    Hubungi

    Yayasan Warisan Anak Selangor, Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor 4, Jalan Platinum 7/52, Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

    +603-5481 8800

    pertanyaan.yawas@gmail.com

    Ikuti Kami

    Untuk Aduan & Pertanyaan, sila klik pautan ini >

    © Yayasan Warisan Anak Selangor . All Rights Reserved.